PERSAHABATAN @ PERCINTAAN???

Hey Hey! Hye Hye! ~PEACE~

Assalamualaikum..

Maaflah, aku ni spesies hat tak qeti nak bubuh tajuk yang berbunga-bunga seharum bunga sundal malam.. (eh?) SUNDAL MALAM? Amende tu? Bunga la wei. Anda tak pernah dengar jauh berkali-kali untuk untuk melihat? Aku suggest kat hampa hat tak pernah dengar dan tengok tu pi search kat Pak Long Google. Klik sini --> SINI WEI SINI .

Dulu pak aku tanam dalam pasu besar, letak dekat belakang rumah, nuh dekat tingkap dapur, bunga ni start wangi pukul 12 tengah malam dan ke atas *dengar pun macam seram kan* tapi ini lah hakikat kehidupan Bunga Sundal Malam, pukul 3 pagi kalau aku lalu nak pi bilik air ja, perghhhhh!! aku dah mula jatuh cintan dengan haruman yang dimilikinya.

Eh! balik ke topik asal..hikhikk, okey! aku suka dengan ayat nih

PERCINTAAN TAK BOLEH DITERUSKAN TANPA PERSAHABATAN, TAPI TANPA PENCINTAAN, PERSAHABATAN AKAN SENTIASA BERTERUSAN.

Serius la aku cakap taip, aku lebih suka kepada persahabatan berbanding percintaan. Why? Sebab bagi aku, kalau berkawan, kita boleh kawan dengan sesiapa saja, boleh gila-gila, hidup aku pun boleh dikatakan tenang, even kadang-kadang sunyi, tapi aku anggap benda tu semua normal ja.

Aku dah 18 tahun tak pernah masuk ke alam percintaan. *mohon percaya! aku tak bohong!* Ahakss!
Aku tak tau motif untuk bercinta, istilah tepat lagi, aku tak dak perasaan langsung bab-bab nih semua.. wooohoaa!

Psstttt! Aku nak BERCINTA AFTER NIKAH! Wahhh!!

Aku bab-bab nih tak mau cakap taip banyak-banyak

Semua orang ada pendapat masing-masing, tapi ini hanyalah pendapat aku.. Ulang Suara Taip!! INI ADALAH PENDAPAT AKU!! Okeh!!

Dah! aku cau dulu! ~PEACE~

Assalamualaikum wbt..





Korang Suka? LIKE Sekali Dan Tinggalkan Comment

TERINGINNYA!!

Hey Hey! Hye Hye! ~PEACE~

Assalamulaikum..

TERINGINNYA nak join GA macam dulu-dulu.. wahh!! dulu-dulu *macam duduk zaman tok kaduk ja*
Pssttt!! ekceli, dah setahun dah aku nak join GA yang dianjurkan oleh blogger-blogger kat luar sana, aku ni dulu pantang nampak sapa-sapa buat benda-benda tuh, sure aku join *even tak pernah menang pun*.

Now teringin nak join lagi tapi aku rasa tak sesuai lagi kut, tengok la entry aku termasuk entry ni pun baru 4..hikhikk (tengok lantai) .. Follower pun baru ja bapa kerat orang kan, thanks la sapa-sapa yang follow aku yeah!!

Okey lah korang..hehe.. Kalau ada apa-apa pertandingan ka, jemput la aku sekali..

K ah weh!! aku nak habaq hat tu ja pun, aku cau dulu noh!

Assalamualaikum




Korang Suka? LIKE Sekali Dan Tinggalkan Comment

IMBAS KEMBALI (EPISODE 2)

Hey Hey! Hye Hye! ~PEACE~

Assalamualaikum..

Korang nampak kan entry aku kat atas nih, IMBAS KEMBALI (EPISODE 2). Sebelum tu, nah baca IMBAS KEMBALI (EPISODE 1) nih dulu..

BELAJAR NAIK BASIKAL
Aku start belajar memandu menunggang basikal time aku 4 tahun. Kak aku yang ajarkan, aku dulu stay kat kawasan taman perumahan. Tepi jalan dilengkapi dengan sistem perparitan yang sangat sistematik *tetiba masuk sejarah* masa aku bawak basikal tu, dengan menggunakan gear paling tinggi, wah! aku terus memecut menuju ke arah parit tanpa menghiraukan kakak aku mengejar dengan terujanya.

"Adik!! kona basikal tu, ada parit kat depan" kakakku berkata-kata,

Tapi aku buat derk ja, almaklumlah, budak ketegaq (degil) memang lagu nih. Maka tibalah masanya untuk aku membuat terjunan yang paling berstyle, perghh!! sakit beb! lutut ngan siku aku berdarah siot, cecair merah terus mengalir tanpa belas kasihan kat aku yang tengah meraung bagai nak qak.

 
eh?
 
 
RAMBUT TERBAKAR
Ni satu lagi masalahnya, rambut terbakar? apa yang aku dah buat?
 
meh aku nak habaq, dulu aku ni 'brutal' weh!! brutal cara budak-budak la. Aku pi join ngan bebudak laki yang umur pun lebih kurang aku la, ada yang dah masuk sekolah rendah pun.
 
Pssssstttt! aku join grup laki tau.. hek hek.. peace yooo! kami pi bakar pokok pisang orang (kejam kan) tapi tu zaman dahulu kala, time tak matang lagi. Serius beb! hangus pokok tu kami kerja kan, kihkihh.. Sekali kena tempik (jerkah) dengan tuan punya pokok, berterabur kami semua lari, berpecah-belah. Kami semua balik rumah, buat muka suci tanpa dosa..
 
Aku pun pintal-pintal la rambut aku nih, sekali reput beb! dengan keadaan yang tak matang tuh, aku ingat hal tu normal ja, tapi bila dah besar sikit dan kepala otak aku ni pun boleh tahan matangnya jugak, baru aku perasan yang rambut aku reput tu sebab terbakar. Tapi Alhamdulillah la, selamat tak botak terus,
 
TERJUN DALAM ABU
Kes ni aku tak mau cakap banyak, memang sakit, kalau setakat abu ja tak pa lagi. Nih atas ja aku nampak abu, dekat bawahnya, perghhhh!! berbara weh!
 
"Jangan lompat dik! ada api" bapaku berpesan kepadaku.
 
Tapi aku rasa semua orang dah sedia maklum yang aku nih spesies ketegaq piang. Aku endahkan larangan abah aku tuh, dekat situ pun ada batang pokok nyok (kelapa) , aku tengok abah aku tak dak kat situ, so dengan beraksikan ala-ala penerjun kebangsaan, aku pun membuat terjunan mendarat menggunakan kaki
 
"Arghhhhh!!! sakittttttttttttttttttttttt!!" teriak aku di tempat kejadian, abah aku pun berlari-lari seperti atlet yang memasuki acara 400 meter berpagar. Aku pun balik berendamkan air di kaki dibantu oleh bapakku..
 
 
Ini pokok pisang  nyok
 
Dah-dah!! sampai sini ja aku boleh cerita, kenangan lain, aku tak mau cerita, biarlah menjadi kenangan.
 
Thanks weh sudi habiskan masa hampa semua baca entry aku hat tak seberapa nih..Aku cau dulu.
 
Assalamualaikum
 
 




Korang Suka? LIKE Sekali Dan Tinggalkan Comment

IMBAS KEMBALI (EPISODE 1)

Hey Hey! Hye Hye ~PEACE~

Assalamualaikum..

Memandangkan entry nih merupakan entry kedua aku, so aku nak bawak hampa-hampa semua masuk ke dalam dunia aku satu ketika dahulu..Sila lompat masuk ke dalam awan nano yang tetiba muncul atas kepala aku ni weh *kalau sudi la*

DI HAMBAT ANJING
Serius beb!! aku takut gila kena hambat ngan anjing, dah la time tu aku umur 5 tahun kut, balik tadika sensorang pulak tu, aku dah cakap kat anjing tu. "hey anjing, jangan cuba-cuba kau nak dekati aku, shhhh kau dari sini" tapi anjing tu ketegaq (degil).. Saja jugak tuh nak teman aku balik.

Aku pun apa lagi, pecut gila-gila la kan, kayuh basikal kecik pulak, paham-paham la kan speed basikal comel aku tuh. Anjing tu tanpa berputus asa, terus mengejar aku dari belakang. Muka aku pun dah berubah dah time tuh








Aku terpaksa melempar basikal aku semata-mata nak lari daripada anjing. Aku kena ligan ngan kucing pun, dah lari lintang-pukang, ni kan pulak kena ligan ngan anjing, DOUBLE LINTANG-PUKANG weh!

KENA BULI
Aku time sekolah tadika dulu, direct dok kena buli ngan senior ja, eh! senior tu pun umur 6 tahun, tua setahun dari aku, (bajet tua la sangat sampai nak buli2 aku). Ada ka patut, kak sorang tu pi kurung aku dalam toilet. Diulangi TOILET beb! perghhh! dah la kat belakang tu kubur..huuuuu! aku nak lari ikut pintu belakang tapi memandangkan ada kubur *almaklumlah depa kata kat kubur ada hantu* Aku ni pun tahap bangang melampau jugak nih, benda-benda cam tu pun nak percaya. 

So, aku terpaksa lah membatalkan nawaitu aku tuh. Tetiba aku mendapat satu kuasa, aku menggoncang pintu tandas tu sekuat hati, lalu heroku datang mnyelamatkan ku. Oh!! So Sweetttt..haha!! dengan lelehan air mata, aku pun berkata "terima kasih heroku" lalu aku pun blah dari situ tanpa perasaan..haaa!! kalau ikutkan hati, nak saja aku cincang-cincang kak tu, siap blend lagi, tapi dia anak orang. Aku pun ada perasaan simpati jugak (cehhh!!) .

Ekceli, ada lagi kenangan-kenangan aku, tapi aku tak mau hampa jemu pulak baca kan,hehehe.. So nantikan  entry IMBAS KEMBALI (EPISODE 2) okey!!

Aku cau dulu.. ~PEACE~

Assalamualaikum wbt.


  

Korang Suka? LIKE Sekali Dan Tinggalkan Comment

POTONG REBEN!!

Hey Hey Hye Hye!! ~PEACE~

Assalamualaikum..

Haaaa!! nampak kan tajuk entry nih! *sila baca tajuk before meneruskan pembacaan anda okey!*
Ekceli aku nak suruh agong tolong rasmikan blog aku nih..hurmmm memandangkan beliau tersangat lah bizi so aku kena la RASMI sendiri.. sob..sob..TRAGIS beb!!!

Psstttt!! blog nih baru muncul tau dan aku tak harapkan sangatlah follower beribu-ribu berjuta-juta tapi kalau hampa suka entry-entry aku so jangan segan-segan dan jangan nak malas-malaskan tangan korang tu untuk FOLLOW aku.. ceeewaahhh!! wa caya sama lu.. hikhikhik *gelak sopan*

Okey2 aku tak mau cakap taip banyak-banyak, (aku tau hampa tak sabar-sabar kan nak usha aku potong reben)

Dengan ini, aku AZUYA AZIDA ingin memotong reben, BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

wahhh!! ramainya nak tolong potong nih


Dan sebelum korang berundur kebelakang untuk meneruskan perjalanan merasmikan blog orang lain..nah!! aku dah buat kek special kat hampa semua, makan tau, jangan tengok ja, penat tau aku buat. Warna pelangi weh! ni menunjukkan bahawa aku sangat berharap blog nih menjadi ceria (eh?)

                                              
mohon potong dengan alat yang tajam
 
Kek tu aku dah makan tadi ngn kawan aku yang sorang lagi nih, kami makan sorang sepotong besar..hehe *lap mulut* yang baki tu hampa makan la sorang sikit, kalau sedap jangan lupa order pulak,
 
Perasan tak entry nak rasmi blog nih pun dah panjang benjela *saja nak buang masa hampa* ngeeeeee..
 
K ah weh! aku cau dulu meh!!
 
Assalamualaikum wbt..
 



Korang Suka? LIKE Sekali Dan Tinggalkan Comment