PERSAHABATAN @ PERCINTAAN???

Hey Hey! Hye Hye! ~PEACE~

Assalamualaikum..

Maaflah, aku ni spesies hat tak qeti nak bubuh tajuk yang berbunga-bunga seharum bunga sundal malam.. (eh?) SUNDAL MALAM? Amende tu? Bunga la wei. Anda tak pernah dengar jauh berkali-kali untuk untuk melihat? Aku suggest kat hampa hat tak pernah dengar dan tengok tu pi search kat Pak Long Google. Klik sini --> SINI WEI SINI .

Dulu pak aku tanam dalam pasu besar, letak dekat belakang rumah, nuh dekat tingkap dapur, bunga ni start wangi pukul 12 tengah malam dan ke atas *dengar pun macam seram kan* tapi ini lah hakikat kehidupan Bunga Sundal Malam, pukul 3 pagi kalau aku lalu nak pi bilik air ja, perghhhhh!! aku dah mula jatuh cintan dengan haruman yang dimilikinya.

Eh! balik ke topik asal..hikhikk, okey! aku suka dengan ayat nih

PERCINTAAN TAK BOLEH DITERUSKAN TANPA PERSAHABATAN, TAPI TANPA PENCINTAAN, PERSAHABATAN AKAN SENTIASA BERTERUSAN.

Serius la aku cakap taip, aku lebih suka kepada persahabatan berbanding percintaan. Why? Sebab bagi aku, kalau berkawan, kita boleh kawan dengan sesiapa saja, boleh gila-gila, hidup aku pun boleh dikatakan tenang, even kadang-kadang sunyi, tapi aku anggap benda tu semua normal ja.

Aku dah 18 tahun tak pernah masuk ke alam percintaan. *mohon percaya! aku tak bohong!* Ahakss!
Aku tak tau motif untuk bercinta, istilah tepat lagi, aku tak dak perasaan langsung bab-bab nih semua.. wooohoaa!

Psstttt! Aku nak BERCINTA AFTER NIKAH! Wahhh!!

Aku bab-bab nih tak mau cakap taip banyak-banyak

Semua orang ada pendapat masing-masing, tapi ini hanyalah pendapat aku.. Ulang Suara Taip!! INI ADALAH PENDAPAT AKU!! Okeh!!

Dah! aku cau dulu! ~PEACE~

Assalamualaikum wbt..





Korang Suka? LIKE Sekali Dan Tinggalkan Comment

No comments: